Ahad, 12 Januari 2014

Imbasan tahun 2013.

2013 Januari - Jun 2013...tiada perubahan diri..masih ditakuk lama..LAdang yg duk ada 7 buah tu aku lupakan dah..sayang pun ada..duit juta2..tapi hasil tak nampak...

2013 JUN - Sept 2013..
Sakit urat dan otot..4 bulan menanggung derita..berjalan pun terbongkok2 mcm org tua 90thn...Ubat? dah banyak ditelan...Makjun Mahkota Dewa, neurobion, kalsium, lemon jus, cuka kurma..semua cuba..dr tradisiaonal hingga ke moden..semua telan...
Urut?    dah berapa kali g urut..tapi maybe tak pro kot..urut spa,..mana nak sama dgn urut perubatan..
at last jiran aku bawa g jumpa Wak n isteri (pasangan indon ) yg boleh urut di Terat Batu, Ekor Kucing.
alhamdulillah dah 3 kali urut, jawapan nya makin sembuh ..dah dpat berdiri, rukuk dgn sempurna..dgn pertolongan makcik tu..( dipijak2 nya peha dan diwrisling nya 3 kali..) kaki boleh berjalan semula..cuma sekarang masih sakit2 otot di belakang pelipat kaki..

sept 2013- okt 2013.
Period tak teratur ..prolonged period selama 2 bulan..sehari pun tak miss...at last..berangkat la pegi cari doktor sakit puan. Berjumpa dgn Dr.Koo Hau Meng dari klinik Chang n khoo kulim..hasil nya apabila di cerita diagnosis baru muncul..ADENOMYOSIS..aku disarankan membuat papsmear dan scan..tapi result tak g ambik pun..takut..cuma uterus besar sikit dr saiz biasa dlm 8cm.ukuran biasa 6-7cm.
Dktor menyaran kan agar aku memakai MIRENA COIL..sejenis iucd yg agak mahal...bukan agak lagi...mmg mahal ler...rega dalam 1600..berupaya menangani masalah mengandung dan penolakan period kluar dgn lancar.. atau buat hystrectomy..oh nooo..
aku start makan EKSTRAK KACIP FATIMAH UKM dan nampak hasilnya..period lancar semula dan kehidupan harian kembali normal.

NOv datang lagi...
happy birthday to me...lupa dah berada ditangga umur berapa pun...masuk 4series dah makin malas nak kira umur lagi...dah start sibuk2 jual barang online..tak le boring sgt pun.cuma kelam kabut melayan kastemer jer..tetiba pulak dapat job dr jiran ..dia suruh buat le apa2 utk jualan di Jeti Batu Musang..ok..otak berfikir2 nak buat apa ya...dlm otak Kek lapis and cookies..tu ajer..tetiba..teringat pulak nak produce kek coklat moist..alhamdullilalh mendapat sambutan hangat...hingga la ke hari ini...


Dari pembuatan yg biasa2 aje sebelum ni..terlintas pulak nak komersilkan pulak...ahahaha..apa salah nya berimpian kan...ada aku kesah...hihihi.







Rabu, 28 Ogos 2013

salam ...lama betui tak mencelah di sini...hari ni tetiba aje teringat nak update..
sepanjang pengREHATan aku ni..banyak betul yg berubah...rupa bentuk muka bumi pun dah bertamabah...dr 68kg ke 74kg...bab diet ni,,,bukan nya tak berjaga2 ttg makanan..lebih dr tu..ada satu sebab yg menyebabkan perubahan mata kilo mendadak ialah dgn hadirnya penyakit ' Sciatica'...
   Sebelum ni mmg aku ada berasa pergerakan di tulang belakang area L4 , L5...bila aku nak mengeliat aje..mesti tersa  ' krukkk..krakkk di bahagian tulang situ...tapi 4 bulan yg lepas, mmg terasa teramat kesakitan nya...kesakitan yg menjalar dr pinggang turun ke tulang pinggul - belakang peha kanan dan terus kebelakang betis..hingga ke hujng jari,,,kesakitan yg tak dapat digambarkan..terasa kebas dr betis ke hujung kaki..nak masak atau membasuh pinggang pun terpaksa duduk di kerusi...
bila sakit , nak bergerak amat lah sukar hingga aku terpaksa sembahyang duduk di kerusi..terasa seperti keadaan org tua bongkok sabut.. Pada Allah Taala aku berserah..mungkin ada hikmah yg diberikan..mungkin sedikit sebanyak Allah taala membersihkan dosa2 aku..Itu sj yg bermain didlmfikirana aku  tat kala itu...ini ada artikel yg menceritakan apa itu scitica..


SCIATICA



Sciatica (siatika) adalah rasa sakit dan pedih yang menjalar dari punggung bawah hingga ke paha, betis, tumit dan telapak kaki baik di sebelah maupun kedua belah kaki. Rasa sakit tersebut boleh terasa seola-olah seperti di tusuk sesuatu atau terbakar.

Rasa sakit akan meningkat ketika anda duduk, batuk, bersin atau ketawa. Sebaliknya, berjalan dan gerakan yang meregangkan tulang punggung (seperti mengangkat bahu) mungkin mengurangkan rasa sakit.

PENYEBAB

Sciatica disebabkan oleh iritasi atau peradangan saraf sciatic, saraf terbesar dan terpanjang dalam tubuh yang menjalar dari punggung bawah melalui belakang sendi panggul dan bercabang hingga ke dua belah paha, betis, tumit dan telapak kaki. Saraf ini berperanan mengirimkan signal dari otak ke otot dan menyampaikan informasi penginderaan dari kedua kaki ke otak. Dengan adanya peradangan, fungsi ini sedikit banyak akan terganggu.

Peradangan saraf sciatic dapat disebabkan oleh berbagai kondisi, antara lain:

1   1. Bergesernya diskus tulang belakang sehingga keluar menempati ruang yang ditempati saraf dan menekannya.
2  2. Sindroma piriformis, terjadi ketika otot piriformis (otot kecil yang berada jauh di dalam punggung) menjadi kaku atau tegang sehingga menekan dan mengiritasi saraf sciatic.
3   3. Lumbar spinal stenosis, terjadi kerana penyempitan saluran spinalis pada daerah punggung bawah yang menekan saraf sciatic.
4  4. Spondilolistesis, terjadi kerana pergeseran salah satu ruas tulang punggung sehingga tidak lagi sejajar dengan yang di atasnya dan mempersempit lubang keluar saraf.

PENGIDAP SCIATICA

Setiap orang boleh mengidap sciatica. Biasanya, usia 30 sehingga 50 tahun adalah yang paling sering mengidap sciatica  kerana mereka lebih aktif dibandingkan kelompok usia yang lebih tua. Manakala mereka yang mengalami obesiti, orang yang sering duduk dengan jangka  waktu lama, pejalan kaki, pelari, atlet angkat berat  dan ibu mengandung juga mudah mengalaminya. Sciatica pada ibu yang mengandung umumnya terjadi di akhir kehamilan ketika rahim membesar dan menekan saraf sciatic.

KAKI MENJADI KEJANG

Kaki akan menjadi krem atau kejang apabila otot di kaki yang timbul mengalami penyumbatan atau gangguan saraf otot. Daerah yang paling sering menjadi kejang adalah otot betis di bawah dan belakang lutut.

Kejang kaki biasanya terjadi ketika kita sedang berehat atu mungkin sedang tidur. Orang tua lebih sering terkena kejang kaki daripada orang muda. Bahkan sesetengahnya terjadi hampir setiap hari.

PENYEBAB

Biasanya doktor tidak dapat mengenal pasti punca kekejangan kaki. Namun, biasanya kerana saraf di bahagian betis mulai terganggu atau seseorang itu telah mengidap sesuatu penyakit yang agak lama seperti kencing manis, darah tinggi, masalah buah pinggang dan gangguan saraf.

Pengambilan ubatan yang agak lama juga akan mengakibatkan kejang kaki seperti: diuretik, nifedipine, cimetidine, salbutamol, statins, terbutaline, lithium, clofibrate, penicillamine, phenothiazines dan nicotinic acid.

Antara lain punca kejang di kaki ialah:
1   1. Ketidakseimbangan zat garam dalam darah seperti kadar kalsium atau potasium yang terlalu rendah.
2    2. Kehamilan, terutama pada bulan-bulan akhir
3    3. Kelenjar tiroid yang kurang aktif
4    4. Penyempitan saluran arteri kaki
5    5. Gangguan saraf
6    6. Sirosis hati



Jumaat, 6 April 2012

Info ttg KRIM PUTAR / WHIPPING CREAM

Copy dr kak zack zachoes ..utk ingatan diri sendir yg tak berapa faham ttg krim putar..terimakasih kak Zach zacoes Non-Dairy Whipping Cream @ Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream Non-Dairy Whipping Cream (atau juga dikenali sebagai Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream) adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3-4x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 1C atau 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. [citation] Cara guna: Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula, jadi apa yang perlu anda lakukan adalah colek sedikit rasa kemanisannya, tak perlu ditambah gula. Jika tak cukup maka boleh tambah gula halus dan pukul. Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa di atas kek. Cukup memadai jika ia kembang, gebu dan likat. Jika anda terlebih pukul krim putar jenis bukan tenusu ini, masukkan sedikit krim (yang masih dalam bentuk cecair) ke dalam krim yang terlebih pukul tadi. Pukul pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus (seeloknya keluarkan separuh krim yang terlebih pukul tadi dan simpan dalam freezer untuk elak pembaziran. Guna sebanyak mana yang perlu saja). Mewarnakan: Jenis non-dairy whipping cream ini juga boleh diwarnakan sebaik saja dipukul dengan kembang dan gebu. Ambil sedikit pewarna cecair atau serbuk (biasa saya guna pewarna cecair) dan kacau dengan perlahan guna sudu (bagi kuantiti yang sedikit). Simpan dalam peti sejuk sebentar untuk 'mematangkan' warna kerana dari permerhatian saya, krim yang diwarnakan dan dibiarkan untuk sehari atau beberapa jam lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus. Ini juga dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan menambahkan kuantiti cecair dalam krim. Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk. Penyimpanan: Krim yang telah dipukul sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk. Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek. Tips ini supaya anda dapat krim yang lebih mantap atau juga boleh terus digunakan. [citation] Bergantung kepada jenama krim yang digunakan, kebanyakannya boleh tahan 6 bulan setelah dipukul hingga gebu dan disimpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer (contohnya jenama Flavor Right yang biasa saya gunakan) Walau bagaimanapun, elok jika anda tanya si penjual di kedai bakeri supplier untuk keterangan yang lebih tepat. Jenis/Jenama: Antara contoh jenama atau jenis non-dairy whipping cream/whip topping/fresh cream yang boleh didapati di pasaran di Malaysia adalah seperti Rich's Whip Topping (Gold Label), Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries, Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping, Value Pride Ready To Whip Topping, Flavor Right Premium Dessert and Pasrty Topping, Vivo Topping Ace, Presto Toppin' Pride Ready To Whip Topping, dan lain-lain. Jenama yang disebutkan di atas adalah halal, insyaAllah. Harga: Dan bergantung juga pada jenama, sesetengahnya lebih mudah digunakan untuk paip hiasan atas kek dan lebih tahan pada suhu bilik berbanding yang lain. Bergantung pada anda untuk memilih yang mana satu. Harga di pasaran bagi 1liter whip topping antara RM10-RM12, juga bergantung pada tempat. Salah satu tip untuk memilih whipping cream untuk hiasan atas kek adalah lihat pada labelnya. Jika tertera perkataan 'for topping', 'whip topping' atau 'non-dairy', ia sesuai digunakan untuk hiasan. Baru nak faham sikit sikit... contoh yg selalu aku jumpa dijual.. Value Pride Ready To Whip Topping (picture courtesy of Google) Rich's Whip Topping (Gold Label) (picture courtesy of Google) Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy Whip Topping (picture courtesy of Google) Kat bawah ni pula...Aku pernah terbeli yang ni... konon2 nak buat topping pavlova...hehehe.. 2) Dairy Whipping Cream @ UHT Whipping Cream Dairy Whipping Cream atau UHT whipping cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi kandungan lemak yang lebih berbanding dengan Non-Dairy Whipping Cream (35 % lemak susu). Kegunaan: Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu (kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis) atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik. [citation] Dairy Whipping Cream (yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream) tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar. [citation] Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat). Ia boleh digantikan (substitute) dengan bahan lain, namum tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan. (rujuk: ingredient substitution) Penyimpanan dan cara guna: Seperti non-dairy whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam freezer. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, beaters dan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Kek yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini (contoh: triffle atau tiramisu) mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan kek tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja. Jenis/Jenama: Antara contoh jenama Dairy Whipping Cream yang selalu kita jumpa di pasaran di Malaysia adalah Anchor UHT Whipping Cream, Emborg Whipping Cream, Arla Whipping Cream, President UHT Whipping Cream dan lain-lain. [citation] Harga di pasaran di Malaysia adalah dalam RM15-RM16 bagi 1liter cecair; walau bagaimanapun ia bergantung pada tempat. Jika terlebih pukul: Jangan terlebih pukul adunan whipping cream kerana ia akan cair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi contoh pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat (alkali). [citation] Contoh website untuk membuat homemade butter dan buttermilk guna whipping cream. Arla Whipping Cream Anchor UHT Whipping Cream - saya lebih biasa jumpa ni President UHT Whipping Cream Emborg Whipping Cream

Rabu, 28 Disember 2011

Donat Gebu credit to tiechersu my resipi..

Pirst time buat donat dan menjadi gebu dan lembut aje...Dah puas aku menerai resepi donat ni...Nampaknya ni jer yang teh best pernah aku cuba...alhamdulillah...

500 gm tepung gandum
1/2 paket yis mauripan
150ml air suam
1 sudu kecik gula
3 sb marjerin
1 sb kentang lecek /( aku rebus 1/2 biji kentang ja)..agak2 dapat dlm 2 sudu besar..tak nak pembaziran aku letak semua..
1 sb susu pekat manis..( yg ni aku yg letak )

1 ) - bancuh yis dgn 150ml air suam..kacau sebati dan biarkan ia kembang dah berbuih.

2 ) - gaul tepung , susu pekat, kentang lecek,marjerin till menjadi breadcrumb..

3 ) - masukkan yis kembang td..dan start le menguli..sampai tgn kita tak melekat dgn doh td..

4 ) - biarkan doh sekejap dlm 10 min..

5 ) - pastu boleh la gelek dan terap doh tadi..

6 ) - then boleh ler goreng dlm api sederhana..agak2 kuning keperangan..boleh lah di angkat dan di tabur gula...

cuba la..rugi kalau tak cuba..hihihi..

Jumaat, 25 November 2011

PINDAH = PERPISAHAN

Fuuuhh..pindah lagi...dah berapa kali nak jadi badwi nih?letih nya ..kalau sebut ttg pindah ni...dah berapa kali yerk...jap aku hitung...dah 8 kali..masuk yg kali ni dah kali yg ke 9...adui..kalau orang tua mesti kata pindah 7 kali boleh papa kedana..hahaha..boleh percaya ker...

epitaxis / hidung berdarah

Malam td..hidung Anis kembali berdarah...terasa mcm kerap pulak dia mengalami epitaksis ni...kenapa yer...risau juga aku dan hubby...
rawatan first aid aku bagikan cuci hidung dan dudukkan dan biarkan dia mendongak sikit..dan demah dgn ais batu di dahi...pagi ni baru nak search info kat pakcik Google...kat sini ada info dan treatment yg betul utk pengidap epitaksis..dr belog *penyakit anda*..meh kita share bersama...


Struktur hidung


Di dinding tengah hidung (nasal septum), iaitu di bahagian bawahnya, banyak saluran darah berkumpul di sini. Tempat ini dikenali Little’s Area. Kawasan inilah yang biasanya membuatkan hidung berdarah dengan tiba-tiba (spontaneous nosebleeds) di kalangan kanak-kanak. Saluran darah di Little’s Area ini sangat rapuh di mana bila berlaku radang (inflamation) saluran darah tersebut mengembang dan pecah dengan senang.
Punca radang (inlamation) yang buatkan hidung berdarah secara tiba-tiba (spontaneous) ialah:
Selsema
Alahan pada hidung (resdung atau allergy)
Terdedah terhadap angin atau udara yang panas dan kering terlalu lama.
Terlebih guna ubat titis hidung (steroid)
Bersin yang terlalu kuat dan kerap
mengorek lubang hidung
lain-lain
darah tinggi
cedera pada hidung akibat pukulan atau terjatuh
jangkitan kuman pada hidung
sesuatu terlekat dalam lubang hidung
selepas pembedahan hidung
pengambilan ubat pencair darah
penyakit hati (liver)
penyakit buah pinggang
masalah pembekuan darah
Pertolongan Cemas (first aid)
Sekiranya hidung kanak-kanak atau dewasa tiba-tiba berdarah tanpa tanda kecederaan, ibu bapa tidak perlu cemas atau panik walaupun darah menitik jatuh kerana sebenarnya ia tidaklah banyak sehingga boleh membawa maut.


bertenang, jangan panik
duduk tegak, cuma bongkok ke depan sedikit. Jangan baring atau mendongakkan kepala kerana dengan ini anda akan menelan darah tersebut dan membuatkan anda loya dan muntah.
kepitkan hidung di bahagian bawah (di mana Little’s Area terletak) dengan kuat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit. Dengan cara ini darah yang mengalir akan terhenti bila ia ditekan (direct pressure).
untuk mengelakkan ia kembali berdarah cuba hindarkan dari bersin atau menghebus hidung dengan kuat selama 24 jam.
elakkan dari udara yang panas dan kering.
Sekiranya perdarahan tidak berhenti juga, bawalah dia ke klinik atau hospital di mana hidung akan disumbat dengan kain gauze untuk hentikan darah. Kebiasaannya darah akan terhenti dengan menggunakan kaedah di atas.

Rabu, 16 November 2011

40 KESILAPAN DALAM PROSES MENDIDIK ANAK..

40 kesilapan mendidik anak
oleh Dr. Hassan Ali

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama