Rabu, 28 Disember 2011

Donat Gebu credit to tiechersu my resipi..

Pirst time buat donat dan menjadi gebu dan lembut aje...Dah puas aku menerai resepi donat ni...Nampaknya ni jer yang teh best pernah aku cuba...alhamdulillah...

500 gm tepung gandum
1/2 paket yis mauripan
150ml air suam
1 sudu kecik gula
3 sb marjerin
1 sb kentang lecek /( aku rebus 1/2 biji kentang ja)..agak2 dapat dlm 2 sudu besar..tak nak pembaziran aku letak semua..
1 sb susu pekat manis..( yg ni aku yg letak )

1 ) - bancuh yis dgn 150ml air suam..kacau sebati dan biarkan ia kembang dah berbuih.

2 ) - gaul tepung , susu pekat, kentang lecek,marjerin till menjadi breadcrumb..

3 ) - masukkan yis kembang td..dan start le menguli..sampai tgn kita tak melekat dgn doh td..

4 ) - biarkan doh sekejap dlm 10 min..

5 ) - pastu boleh la gelek dan terap doh tadi..

6 ) - then boleh ler goreng dlm api sederhana..agak2 kuning keperangan..boleh lah di angkat dan di tabur gula...

cuba la..rugi kalau tak cuba..hihihi..

Jumaat, 25 November 2011

PINDAH = PERPISAHAN

Fuuuhh..pindah lagi...dah berapa kali nak jadi badwi nih?letih nya ..kalau sebut ttg pindah ni...dah berapa kali yerk...jap aku hitung...dah 8 kali..masuk yg kali ni dah kali yg ke 9...adui..kalau orang tua mesti kata pindah 7 kali boleh papa kedana..hahaha..boleh percaya ker...

epitaxis / hidung berdarah

Malam td..hidung Anis kembali berdarah...terasa mcm kerap pulak dia mengalami epitaksis ni...kenapa yer...risau juga aku dan hubby...
rawatan first aid aku bagikan cuci hidung dan dudukkan dan biarkan dia mendongak sikit..dan demah dgn ais batu di dahi...pagi ni baru nak search info kat pakcik Google...kat sini ada info dan treatment yg betul utk pengidap epitaksis..dr belog *penyakit anda*..meh kita share bersama...


Struktur hidung


Di dinding tengah hidung (nasal septum), iaitu di bahagian bawahnya, banyak saluran darah berkumpul di sini. Tempat ini dikenali Little’s Area. Kawasan inilah yang biasanya membuatkan hidung berdarah dengan tiba-tiba (spontaneous nosebleeds) di kalangan kanak-kanak. Saluran darah di Little’s Area ini sangat rapuh di mana bila berlaku radang (inflamation) saluran darah tersebut mengembang dan pecah dengan senang.
Punca radang (inlamation) yang buatkan hidung berdarah secara tiba-tiba (spontaneous) ialah:
Selsema
Alahan pada hidung (resdung atau allergy)
Terdedah terhadap angin atau udara yang panas dan kering terlalu lama.
Terlebih guna ubat titis hidung (steroid)
Bersin yang terlalu kuat dan kerap
mengorek lubang hidung
lain-lain
darah tinggi
cedera pada hidung akibat pukulan atau terjatuh
jangkitan kuman pada hidung
sesuatu terlekat dalam lubang hidung
selepas pembedahan hidung
pengambilan ubat pencair darah
penyakit hati (liver)
penyakit buah pinggang
masalah pembekuan darah
Pertolongan Cemas (first aid)
Sekiranya hidung kanak-kanak atau dewasa tiba-tiba berdarah tanpa tanda kecederaan, ibu bapa tidak perlu cemas atau panik walaupun darah menitik jatuh kerana sebenarnya ia tidaklah banyak sehingga boleh membawa maut.


bertenang, jangan panik
duduk tegak, cuma bongkok ke depan sedikit. Jangan baring atau mendongakkan kepala kerana dengan ini anda akan menelan darah tersebut dan membuatkan anda loya dan muntah.
kepitkan hidung di bahagian bawah (di mana Little’s Area terletak) dengan kuat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit. Dengan cara ini darah yang mengalir akan terhenti bila ia ditekan (direct pressure).
untuk mengelakkan ia kembali berdarah cuba hindarkan dari bersin atau menghebus hidung dengan kuat selama 24 jam.
elakkan dari udara yang panas dan kering.
Sekiranya perdarahan tidak berhenti juga, bawalah dia ke klinik atau hospital di mana hidung akan disumbat dengan kain gauze untuk hentikan darah. Kebiasaannya darah akan terhenti dengan menggunakan kaedah di atas.

Rabu, 16 November 2011

40 KESILAPAN DALAM PROSES MENDIDIK ANAK..

40 kesilapan mendidik anak
oleh Dr. Hassan Ali

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Isnin, 10 Oktober 2011

kek span @ sponge cake..sebiji mcm jual di kedai kek

Selama hari ni aku tercari2 resipi kek span yg sama dgn kedai kek..Ingatkan payah benar nak mengadun kek span ni...bila baca resepi.. ternyata senang aje nak buat kek ni...lagi pun bahan yg murah dan mudah didapati...Bila dah siap kek span ni..dan di dressing dgn make up..maka akan tinggi ler harga kek ni...Pg td aku g tesco seberang jaya ..aku tgk utk 1/2 kg kek ni ..harga nya..RM 26 ke atas..saiz dah tentu 6 inci je..Lagi mekap tebal..lagi mahal ler harga nya...
Kat sini ada resepi kek span..Terimakasih Sweet 4ever@myresipi... tak lokek bagi resepi...minta dimurahi rezeki dahn di beri ganjaran oleh Allah...Amin...

Kek Span

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

tepong super fine - 150 gram
gula kastor - 150 gram
telor - 5 biji telor A
ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
1 st baking powder

80 ml mentega cair / minyak
* 80ml = 1/3 cup

1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

2. kalau nak buat perasa pandan @ kopi @ coklat..masa ni letak lah perasa..dan mixed high speed hingga adunan ringan dan gebu.

3. masuk kan minyak 1/3 cawan dalam adunan..dan guna kan kekdah kaup balik..gaul sebati..

4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius.

5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis..

6. Kek ini di bakar dgn oven api dan atas..pakai fan pun tak per...hehehe..Klau rajin buat kek 2 lapis guna loyang sama saiz..bahagi adunan sama banyak..bakaq..

boleh gak buat kek black forest ni...hehehe..

Rabu, 5 Oktober 2011

Hari ke 2 di Tanah Tinggi..

Kali ini biar le gambar menceritakan semua..
- ais krim mesia fresh with strawberry - RM 1.oo-



Blueberry Cheese Cake dan Scottish Shortbread..shortbread dah selesai..tak dapat ditayang kan di sini..4 keping -Rm 4.oo

metadak mentadu spesies apa ya?


isha missing? tak lah...dia yg photographer..kat bawah ni gambar dia...

Family Day 2011.

Keluar dr rumah pukul 10.30am Jumaat..sampai Cameron 2.30pm..mencari apt /homestay SA 2-5 ,Jalan Jasar, Tanah Rata..hampir terbabas ke Ringlet..patah balik pulak...last year,tidur di hotel jer di Brinchang..
Agak kedalam jugak Carnation Apartment ni..Setelah ambik kunci dan bayar baki RM 350 utk 2 mlm..kami mendaki ke tingkat 2..rumah yg kecik dlm lingkungan 750 - 850 kaki persegi..alamak..kecik bonar utk 4 family...
kemudahan disediakan rice cooker,microwave,peti ais,pinggan mangkuk,sudu senduk dan kettle..
bilik 3 ..katil queen X 2 biji..single x 1..toto x 5 keping, bantal 9 biji..dvd ada tapi tak boleh guna pulak..nasib baik Yoy babawa dr kl..dah pesan dah bawa segala..filem melayu merapu...hehehe kecuali la Merong Maha Wangsa...
masing masing tidor sekejap sementara menunggu kedatangan mak abah, pida dan zul dr ipoh..Mak dah standby dgn rendang ayam dan udang masak tempoyak..just kami masak nasi jer utk dinner...dekat pukul 9.30 pm baru la adik jantan ku sampai dari KL..



Malam tu kami pakat mendengar cerita hantu..Tok Dalang ( Khairul Izwan ) bercerita sampai pukul 3.30am...Semua org dah terbongkang..aku masih terkial2..nak lelap kan mata...
rajin nya anis...