Jumaat, 25 November 2011

PINDAH = PERPISAHAN

Fuuuhh..pindah lagi...dah berapa kali nak jadi badwi nih?letih nya ..kalau sebut ttg pindah ni...dah berapa kali yerk...jap aku hitung...dah 8 kali..masuk yg kali ni dah kali yg ke 9...adui..kalau orang tua mesti kata pindah 7 kali boleh papa kedana..hahaha..boleh percaya ker...

epitaxis / hidung berdarah

Malam td..hidung Anis kembali berdarah...terasa mcm kerap pulak dia mengalami epitaksis ni...kenapa yer...risau juga aku dan hubby...
rawatan first aid aku bagikan cuci hidung dan dudukkan dan biarkan dia mendongak sikit..dan demah dgn ais batu di dahi...pagi ni baru nak search info kat pakcik Google...kat sini ada info dan treatment yg betul utk pengidap epitaksis..dr belog *penyakit anda*..meh kita share bersama...


Struktur hidung


Di dinding tengah hidung (nasal septum), iaitu di bahagian bawahnya, banyak saluran darah berkumpul di sini. Tempat ini dikenali Little’s Area. Kawasan inilah yang biasanya membuatkan hidung berdarah dengan tiba-tiba (spontaneous nosebleeds) di kalangan kanak-kanak. Saluran darah di Little’s Area ini sangat rapuh di mana bila berlaku radang (inflamation) saluran darah tersebut mengembang dan pecah dengan senang.
Punca radang (inlamation) yang buatkan hidung berdarah secara tiba-tiba (spontaneous) ialah:
Selsema
Alahan pada hidung (resdung atau allergy)
Terdedah terhadap angin atau udara yang panas dan kering terlalu lama.
Terlebih guna ubat titis hidung (steroid)
Bersin yang terlalu kuat dan kerap
mengorek lubang hidung
lain-lain
darah tinggi
cedera pada hidung akibat pukulan atau terjatuh
jangkitan kuman pada hidung
sesuatu terlekat dalam lubang hidung
selepas pembedahan hidung
pengambilan ubat pencair darah
penyakit hati (liver)
penyakit buah pinggang
masalah pembekuan darah
Pertolongan Cemas (first aid)
Sekiranya hidung kanak-kanak atau dewasa tiba-tiba berdarah tanpa tanda kecederaan, ibu bapa tidak perlu cemas atau panik walaupun darah menitik jatuh kerana sebenarnya ia tidaklah banyak sehingga boleh membawa maut.


bertenang, jangan panik
duduk tegak, cuma bongkok ke depan sedikit. Jangan baring atau mendongakkan kepala kerana dengan ini anda akan menelan darah tersebut dan membuatkan anda loya dan muntah.
kepitkan hidung di bahagian bawah (di mana Little’s Area terletak) dengan kuat dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit. Dengan cara ini darah yang mengalir akan terhenti bila ia ditekan (direct pressure).
untuk mengelakkan ia kembali berdarah cuba hindarkan dari bersin atau menghebus hidung dengan kuat selama 24 jam.
elakkan dari udara yang panas dan kering.
Sekiranya perdarahan tidak berhenti juga, bawalah dia ke klinik atau hospital di mana hidung akan disumbat dengan kain gauze untuk hentikan darah. Kebiasaannya darah akan terhenti dengan menggunakan kaedah di atas.

Rabu, 16 November 2011

40 KESILAPAN DALAM PROSES MENDIDIK ANAK..

40 kesilapan mendidik anak
oleh Dr. Hassan Ali

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama