sepanjang pengREHATan aku ni..banyak betul yg berubah...rupa bentuk muka bumi pun dah bertamabah...dr 68kg ke 74kg...bab diet ni,,,bukan nya tak berjaga2 ttg makanan..lebih dr tu..ada satu sebab yg menyebabkan perubahan mata kilo mendadak ialah dgn hadirnya penyakit ' Sciatica'...
Sebelum ni mmg aku ada berasa pergerakan di tulang belakang area L4 , L5...bila aku nak mengeliat aje..mesti tersa ' krukkk..krakkk di bahagian tulang situ...tapi 4 bulan yg lepas, mmg terasa teramat kesakitan nya...kesakitan yg menjalar dr pinggang turun ke tulang pinggul - belakang peha kanan dan terus kebelakang betis..hingga ke hujng jari,,,kesakitan yg tak dapat digambarkan..terasa kebas dr betis ke hujung kaki..nak masak atau membasuh pinggang pun terpaksa duduk di kerusi...
bila sakit , nak bergerak amat lah sukar hingga aku terpaksa sembahyang duduk di kerusi..terasa seperti keadaan org tua bongkok sabut.. Pada Allah Taala aku berserah..mungkin ada hikmah yg diberikan..mungkin sedikit sebanyak Allah taala membersihkan dosa2 aku..Itu sj yg bermain didlmfikirana aku tat kala itu...ini ada artikel yg menceritakan apa itu scitica..
SCIATICA
Sciatica (siatika) adalah rasa sakit dan pedih yang menjalar dari punggung bawah hingga ke paha, betis, tumit dan telapak kaki baik di sebelah maupun kedua belah kaki. Rasa sakit tersebut boleh terasa seola-olah seperti di tusuk sesuatu atau terbakar.
Rasa sakit akan meningkat ketika anda duduk, batuk, bersin atau ketawa. Sebaliknya, berjalan dan gerakan yang meregangkan tulang punggung (seperti mengangkat bahu) mungkin mengurangkan rasa sakit.
PENYEBAB
Sciatica disebabkan oleh iritasi atau peradangan saraf sciatic, saraf terbesar dan terpanjang dalam tubuh yang menjalar dari punggung bawah melalui belakang sendi panggul dan bercabang hingga ke dua belah paha, betis, tumit dan telapak kaki. Saraf ini berperanan mengirimkan signal dari otak ke otot dan menyampaikan informasi penginderaan dari kedua kaki ke otak. Dengan adanya peradangan, fungsi ini sedikit banyak akan terganggu.
Peradangan saraf sciatic dapat disebabkan oleh berbagai kondisi, antara lain:
1 1. Bergesernya diskus tulang belakang sehingga keluar menempati ruang yang ditempati saraf dan menekannya.
2 2. Sindroma piriformis, terjadi ketika otot piriformis (otot kecil yang berada jauh di dalam punggung) menjadi kaku atau tegang sehingga menekan dan mengiritasi saraf sciatic.
3 3. Lumbar spinal stenosis, terjadi kerana penyempitan saluran spinalis pada daerah punggung bawah yang menekan saraf sciatic.
4 4. Spondilolistesis, terjadi kerana pergeseran salah satu ruas tulang punggung sehingga tidak lagi sejajar dengan yang di atasnya dan mempersempit lubang keluar saraf.
PENGIDAP SCIATICA
Setiap orang boleh mengidap sciatica. Biasanya, usia 30 sehingga 50 tahun adalah yang paling sering mengidap sciatica kerana mereka lebih aktif dibandingkan kelompok usia yang lebih tua. Manakala mereka yang mengalami obesiti, orang yang sering duduk dengan jangka waktu lama, pejalan kaki, pelari, atlet angkat berat dan ibu mengandung juga mudah mengalaminya. Sciatica pada ibu yang mengandung umumnya terjadi di akhir kehamilan ketika rahim membesar dan menekan saraf sciatic.
KAKI MENJADI KEJANG
Kaki akan menjadi krem atau kejang apabila otot di kaki yang timbul mengalami penyumbatan atau gangguan saraf otot. Daerah yang paling sering menjadi kejang adalah otot betis di bawah dan belakang lutut.
Kejang kaki biasanya terjadi ketika kita sedang berehat atu mungkin sedang tidur. Orang tua lebih sering terkena kejang kaki daripada orang muda. Bahkan sesetengahnya terjadi hampir setiap hari.
PENYEBAB
Biasanya doktor tidak dapat mengenal pasti punca kekejangan kaki. Namun, biasanya kerana saraf di bahagian betis mulai terganggu atau seseorang itu telah mengidap sesuatu penyakit yang agak lama seperti kencing manis, darah tinggi, masalah buah pinggang dan gangguan saraf.
Pengambilan ubatan yang agak lama juga akan mengakibatkan kejang kaki seperti: diuretik, nifedipine, cimetidine, salbutamol, statins, terbutaline, lithium, clofibrate, penicillamine, phenothiazines dan nicotinic acid.
Antara lain punca kejang di kaki ialah:
1 1. Ketidakseimbangan zat garam dalam darah seperti kadar kalsium atau potasium yang terlalu rendah.
2 2. Kehamilan, terutama pada bulan-bulan akhir
3 3. Kelenjar tiroid yang kurang aktif
4 4. Penyempitan saluran arteri kaki
5 5. Gangguan saraf
6 6. Sirosis hati